KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini yang digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan diiringi bacaan Qunut Nazilah oleh sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang lain.
Bacaan Qunut Nazilah itu telah dipimpin oleh Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang juga salah seorang pemimpin Pas Melaka yang lazimnya dibaca oleh umat Islam bagi mendoakan musuh agama atau dalam situasi perang.
Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang parlimen selama enam bulan ekoran usul Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membangkitkan surat layang ketika perbahasan.
Surat layang tersebut berkaitan dakwaan ke atas penjawat awam dengan maklumat yang tidak disahkan.
Keputusan pergantungan itu dibuat setelah usul itu tersebut diluluskan dengan undian 110 anggota parlimen dan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Johari Abdul. – KOSMO! ONLINE.