fbpx

6 termasuk polis curi bahan api pangkalan udara PDRM ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Enam individu termasuk tiga anggota polis ditahan berhubung kehilangan bahan api jenis kerosin Jet- AI di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.

Kesemua suspek terdiri daripada lelaki berusia 31 hingga 51 tahun diberkas pada Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan pada Isnin lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Hasil siasatan kemudian membawa kepada beberapa siri tangkapan ke atas enam lelaki tersebut.

“Kita mengesahkan tiga daripada suspek yang ditahan adalah anggota polis yang bertugas di dalam pangkalan udara tersebut.

“Perintah reman antara dua hingga tujuh hari diperoleh terhadap mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang walaupun kes melibatkan penglibatan anggota pasukan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI