fbpx

Dikompaun RM75,000 muat naik komen lucah di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak MCMC menyerahkan kompaun kepada salah seorang suspek. Foto oleh MCMC.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM75,000 kepada tiga individu kerana kesalahan memuat naik komen bersifat lucah di Facebook.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, tindakan kompaun sebanyak RM25,000 setiap seorang itu dibuat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan MCMC mendapati, kandungan yang dimuat naik di media sosial oleh tiga individu tersebut melibatkan komen lucah yang ditujukan kepada bayi dan doktor.

“Penggunaan perkataan lucah itu ditulis di ruangan komen sebuah portal hiburan yang menerbitkan artikel berkenaan amalan khatan bayi perempuan di United Kingdom,” katanya hari ini.

Menurut MCMC, Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melarang pembuatan atau penghantaran komunikasi bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.

“Jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya,” katanya.

MCMC turut mengingatkan orang ramai bahawa perbuatan mengeluarkan kata-kata jelik, jijik, bersifat seksual tentang alat sulit bayi perempuan adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar undang-undang.

MCMC terus komited dalam usaha meningkatkan kesedaran bagi melindungi keselamatan kanak-kanak melalui kerjasama dengan pelbagai pihak dan tidak akan sesekali berkompromi dengan mereka yang terlibat dengan salah laku terhadap kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI