fbpx

16 maut pusat beli-belah terbakar di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan kebakaran pusat beli-belah di Zigong. – X

BEIJING – Kebakaran sebuah pusat beli-belah di barat daya China semalam telah mengorbankan 16 orang, lapor media pemerintah hari ini.

Operasi menyelamat ditamatkan kira-kira pukul 3 pagi tadi (waktu tempatan), demikian menurut perkhidmatan bomba dan penyelamat yang dipetik oleh agensi berita Xinhua.

Video yang disiarkan oleh stesen penyiaran CCTV dan dikongsi di media sosial malam semalam menunjukkan asap hitam tebal berkepul-kepul keluar dari bangunan 14 tingkat di Zigong, wilayah Sichuan.

Kebakaran bermula pada awal petang semalam di sebuah pusat beli-belah di tingkat bawah bangunan tersebut, lapor CCTV.

Kira-kira 30 orang diselamatkan dari kompleks itu, dengan api berjaya dipadam oleh bomba sekitar pukul 8.20 malam (waktu tempatan).

Setakat pukul 3 pagi tadi (waktu tempatan), angka kematian berjumlah 16 orang dengan tiada individu terperangkap di dalam bangunan, lapor Xinhua. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI