fbpx

1.3 juta murid, 401,619 guru telah ekses DELIMa – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sehingga 10 Julai lalu,lebih 1.3 juta murid telah mengakses pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) bagi pembelajaran dalam talian secara aktif.

Menjelaskan angka tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh turut berkata, seramai 401,619 guru didapati telah mengakses pelantar DELIMa dan Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai 5.3 juta ID pengguna DELIMa dalam kalangan guru dan murid.

“KPM telah memuat naik sebanyak 788 buku teks sekolah rendah dan buku teks sekolah menengah. Daripada jumlah itu sebanyak 580 buah buku telah diindekskan bagi memudahkan carian. Pelantar DELIMa turut menyediakan 12,762 video pendidikan untuk kegunaan guru dan murid.

“Kementerian turut menggalakkan perkongsian video PdP (pengajaran dan pembelajaran) serta video amalan terbaik hasil daya usaha dan kreativiti guru melalui Ruang Ilmu di dalam DELIMa dan terdapat sebanyak 6,570 bahan digital telah disumbangkan oleh 1,863 orang guru,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Young Syefura Othman (PH-Bentong) mengenai usaha mengoptimumkan penggunaan teknologi digital menerusi portal DELIMa oleh guru dan pelajar serta persediaan kementerian memberi pendedahan tentang teknologi buatan (AI) melalui portal terbabit.

Jelas Kah Woh, teknologi AI juga dilihat berpotensi meningkatkan pemahaman murid serta menyediakan pengalaman pembelajaran berdasarkan keperluan individu.

Sehingga kini, sebanyak 16 aplikasi berkaitan AI telah disediakan dalam pelantar DELIMa dan daripada jumlah itu sebanyak sembilan aplikasi AI seperti Gemini, ChatGPT, Bing AI, dan Conker AI berperanan membantu guru merancang pengajaran. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI