fbpx

UPSI santuni keluarga Nur Farah Kartini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MD. AMIN (depan, empat dari kiri) menyampai bantuan kewangan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini Abdullah di UPSI Tanjung Malim pagi tadi. - Foto IHSAN UPSI

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menghulurkan bantuan merangkumi bantuan kenderaan, penginapan, proses pengebumian, sokongan kaunseling dan psikologi selain derma dan sokongan kewangan bagi menyantuni keluarga arwah Nur Farah Kartini Abdullah sepanjang berada di Semenanjung.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, sumbangan dan tawaran bantuan itu disampaikan kepada keluarga arwah yang hadir ke universiti itu pagi tadi menerusi Tabung UPSI Prihatin dan Tabung Kebajikan MPP.

“Kami juga mengadakan majlis bacaan surah Yasin dan tahlil di Masjid Al Mursyidin yang dihadiri oleh warga UPSI serta sahabat handai arwah.

“Sebagai universiti yang sentiasa sayang dan prihatin terhadap alumninya, UPSI akan membantu meringankan urusan keluarga arwah melalui bantuan kenderaan sepanjang keluarga berada di Semenanjung, penginapan di rumah tamu UPSI, bantuan proses pengebumian, khidmat sokongan kaunseling dan psikologi.

“Selain itu, derma dan sokongan sumbangan kewangan selain lain-lain bantuan dan sokongan yang diperlukan dalam meringankan urusan keluarga,” katanya di sini hari ini.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, pada Isnin lalu.

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Kontinjen Perak telah ditahan dan direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI