fbpx

[VIDEO] Unit Skuba, K9 bantu cari telefon bimbit, rantai milik Nur Farah Kartini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (baju oren) ketika dibawa ke lokasi penemuan mayat Nur Farah (gambar kecil).

PETALING JAYA – Unit Skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) digerakkan mencari beberapa bahan bukti milik Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Asri Mohd. Yunus berkata, proses mencari bahan bukti itu bermula kira-kira pukul 9 pagi di kawasan penemuan mayat mangsa.

“Selain itu, pihak bomba akan membantu bagi menyedut air di kawasan terbabit.

“Kita akan cari telefon pintar miliknya (mangsa) serta rantai dan beberapa barang lain lagi yang dipercayai boleh dijadikan bahan bukti dan menjadi petunjuk kes,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

11 Julai lalu, mangsa berasal dari Miri, Sarawak itu dilaporkan hilang susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas dikatakan menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim pada sehari sebelum. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI