fbpx

Tahan bersin berisiko pecah saluran darah di otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi Ahmad Samhan

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan perbuatan menahan bersin kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada tubuh manusia.

Menerusi perkongsian oleh pakar perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan di kumpulan Telegramnya, antara kesan menahan bersin termasuklah pecah gegendang telinga.

Selain itu katanya, perbuatan itu juga boleh menyebabkan jangkitan pada telinga.

“Menahan bersin juga boleh menyebabkan patah tulang rusuk, cedera pada tekak dan cedera pada diafragma.

“Lebih membahayakan, ia juga boleh menyebabkan saluran darah otak pecah dan merosakkan saluran darah, mata, hidung dan telinga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI