fbpx

Sultan Ibrahim sumbang 650 bakul makanan kepada penduduk Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Anizam bergambar bersama sebahagian penerima bakul makan sumbangan YSIJ di Dewan Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, Kluang semalam.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 650 keluarga dari dua kampung Komuniti Orang Asli (KOA) di daerah Kluang semalam.

Sumbangan tersebut disalurkan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Mohd Anizam Jamian.

Ia disampaikan terus kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip.

Majlis penyampaian sumbangan berlangsung di Dewan Kampung Orang Asli Tanah Runtuh Kluang semalam yang turut dihadiri Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Kluang, Faziliana Bakeri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI