fbpx

Sultan Ibrahim kurnia biasiswa BYDPA kepada 14 penerima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim bergambar bersama 14 penerima BYDPA di Istana Negara hari ini. Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan majlis penganugerahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 14 penerima.

Istiadat pengurniaan tersebut telah diadakan di Istana Negara hari ini dan turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz serta Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jamalulail Abu Bakar.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan biasiswa bagi pengajian di bidang Doktor Falsafah (PhD) kepada tujuh penerima dan tujuh penerima lagi di peringkat Sarjana (penyelidikan).

Penerima BYDPA di peringkat PhD ialah Nadrahtul Aqilah Mohd Yahya (Imperial College London – Fizik), Alyssa April Dellow (Universiti Kebangsaan Malaysia UKM – Data Sains), Muhammad Aiman Mohd Sukiman (Universiti Teknologi Malaysia UTM – Persekitaran) dan Toh Shek Man (Universiti Putra Malaysia – Cancer Pharmacology).

Turut menerima BYDPA ialah, Avinash Kumaresan (UKM – Nanoteknologi), Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim (Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Undang-Undang) dan Jankin Abd Rahman (Universiti Putra Malaysia (UPM) – Ekonomi).

Sementara itu, bagi peringkat sarjana pula penerimanya ialah Ahmad Qayyum Fikri Ahmad Jazimin (UPM – Computer Vision AI), Nur Addina Mohamad Rosli (UPM – Pemakanan), Jeyrubini Ramesh (Universiti Sains Malaysia (USM) – Molecular Omics Technology) dan Nasihah Mohd Zahid (USM – Nanotechnology).

Tiga lagi individu yang menerima biasiswa tersebut ialah Adam Fansuri Achdiat Mahpha Fansuri (Imperial College London – Bioinformatics & Biocomputing), Muhammad Izzuddin Abdullah (Universiti Malaya – Biokimia) dan Nur Fatin Fitriah Nordin (UPM – Machine Learning).

Menurut hantaran tersebut, BYDPA merupakan biasiswa berprestij negara diperkenalkan pada 2006.

Sehingga kini 19 sesi penawaran dilaksanakan merangkumi 212 penerima yang diberi penajaan untuk pengajian dalam bidang Sains & Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam dan Kecerdasan Buatan (AI). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI