fbpx

Singa catat rekod berenang merentasi sungai Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACOB dan Tibu berjaya mencatat rekod selepas merentasi sungai Afrika yang dikelaskan sebagai berbahaya.

DUA ekor singa berenang merentasi sungai Afrika yang dipenuhi pemangsa telah didokumenkan dalam kajian diketuai oleh Universiti Griffith dan Universiti Arizona Utara, Amerika Syarikat.

Penyelidik dari Pusat Kesihatan Planetary dan Keselamatan Makanan Griffith, Dr. Alexander Braczkowski telah mengetuai pasukan yang merakam gabungan singa jantan melintasi Saluran Kazinga di Uganda pada waktu malam.

Menurutnya, kerja itu dilakukan di bawah pengawasan Pihak Berkuasa Hidupan Liar Uganda.

Salah seekor singa itu dikenali sebagai Jacob yang terkenal kerana terselamat daripada pelbagai insiden mengancam nyawa.

Salah satu peristiwa itu telah menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.

“Jacob telah melalui perjalanan yang paling luar biasa dan benar-benar seekor ‘kucing’ dengan sembilan nyawa.

“Saya bertaruh semua harta saya bahawa kita sedang melihat singa Afrika yang paling tabah.

“Ia telah ditanduk oleh seekor kerbau, keluarganya diracun kerana perdagangan bahagian badan singa, terperangkap dalam jerat pemburu haram dan akhirnya kehilangan kaki dalam satu lagi percubaan pemburuan haram selepas terperangkap dalam sangkar keluli,” katanya.

Tambahnya, hakikat bahawa Jacob dan abangnya, Tibu telah berjaya bertahan di taman negara yang mengalami tekanan manusia dan kadar pemburuan haram tinggi merupakan satu kejayaan tersendiri.

“Berenang, merentasi saluran yang mempunyai ketumpatan tinggi, kuda nil dan buaya.

“Singa ini telah memecahkan rekod dan merupakan petanda daya tahan yang menakjubkan dalam menghadapi risiko sedemikian.

“Rekod renang yang dilaporkan sebelum ini bagi seekor singa Afrika adalah antara 10 hingga beberapa ratus meter, beberapa daripadanya mati akibat serangan buaya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI