fbpx

Seluruh rakyat Malaysia mendoakan keadilan buat Nur Farah Kartini – Nancy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy

PETALING JAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri mahu kematian Nur Farah Kartini Abdullah dibela dengan sewajarnya.

Malah kata Nancy, seluruh rakyat Malaysia turut mendoakan agar kes Allahyarhamah Nur Farah Kartini, 25 mendapat pengadilannya.

“No women should ever go through this (Tiada wanita sepatutnya melalui situasi ini)

“Semoga keluarga diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pengebumian jenazah nanti,”tulis Nancy di aplikasi X.

Terdahulu, Kosmo! pada Isnin lalu melaporkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat Nur Farah ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang.

Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait report (OH) bersangkut Tanjung Malim pada 11 Julai lalu.

Nur Farah yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim Perak.

Susulan penemuan mayat graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu, seorang lelaki dipercayai teman lelakinya yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI