fbpx

Saya selesa berkawan dengan Anna Jobling – Gabriel Prince

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menyifatkan Anna Jobling sebagai artis berbakat, pelakon dan penyanyi Indonesia Gabriel Prince mengakui selesa berkawan dengan aktres itu.

PETALING JAYA – Menyifatkan Anna Jobling sebagai artis berbakat, pelakon dan penyanyi Indonesia Gabriel Prince mengakui selesa berkawan dengan aktres itu.

Menurut Prince, 20, pengalaman bekerjasama dengan Anna, 23, ketika menjalani penggambaran filem Laut Tengah di Korea Selatan secara tidak langsung mengeratkan hubungan persahabatan mereka.

“Saya selesa berkawan dengan Anna kerana dia mempunyai sifat merendah diri dan pelakon yang berbakat. Sebelum ini saya juga pernah menonton beberapa karya lakonannya.

“Dia merupakan kawan pertama saya di Malaysia dan juga kenalan artis pertama di negara ini. Kami juga menjalani penggambaran bersama dalam filem Laut Tengah di Korea Selatan pada awal Jun lalu bersama dengan beberapa pelakon lain,” katanya pada sesi sidang media lagu Sunday di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Pertama kali mempromosikan lagu di Malaysia, Prince berkata, sambutan positif daripada peminat membuatkan dia ingin kembali lagi ke sini.

Tambah Prince, dia juga berasa terharu dengan layanan baik oleh peminat ketika bertemu dengan mereka di Sabah.

“Beberapa hari lalu saya baru pulang dari Sabah dan saya berasa sangat gembira. Mereka (peminat) sangat baik dan banyak memberikan saya hadiah dan makanan.

“Pada saya, Malaysia ini negara yang menarik dan peminatnya sangat ramah. Jika berpeluang saya ingin kembali lagi ke sini untuk bertemu dengan peminat,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai lagu baharunya berjudul Sunday, Prince memberitahu single tersebut diinspirasikan daripada kisah hidupnya sendiri.

“Lagu ini berdasarkan kisah hidup saya yang sebelum ini yang menolak cinta daripada seorang rakan.

“Dia merupakan kawan baik saya dan disebabkan tidak mahu kehilangan seorang sahabat, saya menolak pengakuan cintanya,” katanya.

Lagu Sunday itu mendapat sentuhan daripada penyanyi popular, Kaleb J dan dilancarkan oleh Belanegara Abe.

Untuk info, lagu tersebut turut diterbitkan bersama dengan sebuah filem pendek menggunakan judul yang sama dan kini sudah mendapat lebih 14,000 tontonan di YouTube. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI