fbpx

Ramen pedas Korea Selatan kembali dijual di Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga produk yang ditarik balik oleh Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark pada bulan lalu. - Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark

COPENHAGEN – Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark menarik balik arahan larangan jualan ke atas dua produk mi ramen jenama Buldak keluaran syarikat dari Korea Selatan, Samyang, lapor saluran berita CNN semalam. 

Langkah itu diumumkan Isnin lalu selepas ia memutuskan bahawa dua daripada tiga produk yang diharamkan itu tidak membahayakan kesihatan, berdasarkan penilaian risiko yang dikemas kini.

“Pihak pentadbiran menyimpulkan bahawa produk Samyang Buldak 2x Spicy Hot Chicken dan Samyang Buldak Hot Chicken Stew, tidak mengandungi tahap jumlah capsaicin tinggi yang dilaporkan oleh pengedar dalam pemasaran,” kata agensi itu.

“Justeru, kedua-dua produk tersebut tidak lagi dianggap berbahaya kepada kesihatan dan boleh dipasarkan semula di Denmark,” tambahnya.

Bagaimanapun, ia mengekalkan keputusan penarikan balik Buldak 3x Spicy Hot Chicken iaitu produk paling pedas dalam barisan Buldak, kerana dianggap berbahaya untuk kesihatan. 

“Tahap jumlah capsaicin adalah sangat tinggi sehingga menimbulkan risiko pengguna mengalami keracunan akut jika diambil,” kata agensi makanan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI