fbpx

Projek River of Life diteruskan – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha bergambar selepas melancarkan logo Majlis Sukan Wilayah Persekutuan di majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XXI Sarawak 2024 dan Pelancaran Logo Baharu Majlis Sukan Wilayah Persekutuan di Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan akan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) yang kini berbaki kira-kira 19 peratus sahaja untuk disiapkan sepenuhnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, adalah menjadi satu kerugian kepada negara sekiranya projek berkenaan tidak dilengkapkan seperti dirancang.

“Sebenarnya saya sudah jawab perkara ini di Parlimen, kita akan teruskan sebab hanya tinggal 19 peratus sahaja dan ada juga sebenarnya yang saya nyatakan 81 peratus projek ini telah berjalan dengan baik.

“Bagi saya ini satu kerugian kalau kita tidak meneruskan (projek) sebab kita tahu kalau projek RoL ini siap, ia akan memberikan pulangan yang besar kepada kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XXI Sarawak 2024 dan Pelancaran Logo Baharu Majlis Sukan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendedahkan projek pemuliharaan sungai dalam kawasan bandar yang paling kompleks dengan kos tertinggi pernah dilaksanakan di Malaysia, iaitu RM4.363 bilion itu dijangka tidak berjaya disiapkan mengikut tempoh ditetapkan tahun ini walaupun RM3.915 bilion telah dibelanjakan.

Dalam pada itu, Dr. Zaliha berkata, projek RoL berkenaan akan diteruskan seperti yang dirancang dengan menggunakan peruntukan sedia ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI