fbpx

PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu keluarga mendiang Teoh Beng Hock pada minggu depan.

Anwar berkata, sepanjang minggu ini beliau agak sibuk berikutan beberapa program seperti Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya akan berjumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian National Bioeconomy Showcase 2024 (NBiOSHOWCASE 2024) di Pusat Dagangan Putra di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada sudah mengaturkan pertemuan dengan keluarga mendiang Beng Hock.

Kelmarin Anwar memberi jaminan akan bertemu dengan keluarga mendiang Beng Hock dalam masa terdekat ini.

Ia berikutan sekumpulan aktivis yang menuntut keadilan atas kematian Beng Hock disekat daripada menghampiri bangunan Parlimen di ibu negara, Isnin lepas.

Mendiang Beng Hock ditemui meninggal dunia pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tingkat 14 bangunan sama.

Pada 21 Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock memutuskan bahawa kematiannya akibat membunuh diri.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan kematian mendiang akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI