fbpx

Pekebun kes jajan beracun dibebas dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekebun yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan jajan mengandungi racun tikus dibebaskan dengan jaminan polis.

KULIM – Pekebun yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan makanan ringan dicampur racun tikus dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan  Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, suspek dibebaskan untuk sementara waktu bagi menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kita tunggu keputusan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Suspek berusia 33 tahun direman selama enam hari sejak Khamis lalu sebelum disambung dua hari lagi bermula semalam.

Siasatan ke atas suspek dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan kerana kelakukan cuai berkenaan benda beracun. – KOSMO! ONINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI