fbpx

Pau Marti Vicente sudah bersedia pikul tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kiri) sudah pun mengadakan pertemuan dengan Pau Marti Vicente di Sepanyol, hari ini. - FAM

KUALA LUMPUR – Pemangku ketua jurulatih kebangsaan, Pau Marti Vicente sudah pun bersedia untuk memimpin Harimau Malaya selepas peletakkan jawatan Kim Pan-gon.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sudah pun mengadakan pertemuan empat mata dengan Vicente bagi membincangkan perancangan pasukan selepas ini.

“Kebetulan juga Pau Marti sedang pulang bercuti di Sepanyol dan saya terus menghubungi beliau untuk datang ke Mallorca, hari ini bagi membincangkan serba sedikit hala tuju pasukan dan perancangan beliau selepas diumumkan sebagai pemangku ketua jurulatih kebangsaan bagi menggantikan Pan-gon.

“Biarpun kami berdua masih terkejut dengan keputusan drastik Pan-gon untuk meninggalkan pasukan, Pau Marti menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menggalas tanggungjawab baharu ini dan mempunyai misi untuk terus memperkasakan skuad Harimau Malaya,” katanya yang kini galas tanggungjawab selaku Chef de Mission (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik.

Hamidin ketika ini berada di Sepanyol bagi memantau skuad berbasikal trek negara yang sedang menjalani latihan di sana sebelum berangkat ke Paris.

Sementara itu, Vicente berkata, apa yang dilaksanakan oleh Pan-gon akan diteruskan bagi memastikan peningkatan positif skuad Harimau Malaya dapat diteruskan secara konsisten.

“Pertamanya saya sangat menghargai ‘Coach Kim’ kerana beliau individu yang membawa saya ke Malaysia. Beliau hubungi saya, cuba meyakinkan saya untuk meninggalkan negara dan kelab saya untuk menyertainya mengendalikan skuad kebangsaan Malaysia, hampir tiga tahun yang lalu.

“Memang agak sedih apabila beliau telah meninggalkan pasukan. Beliau individu yang memberikan saya sokongan penuh untuk menggalas tanggungjawab baharu yang perlu saya pikul ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI