fbpx

Pau Marti mampu teruskan kejayaan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAU MARTI akan menggalas tugas mengemudi skuad negara ketika kontraknya hanya akan berakhir pada Disember tahun depan.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan barisan kejurulatihan Harimau Malaya dikekalkan dengan pengendali dari Sepanyol, Pau Marti Vicente dinaikkan pangkat menjadi pemangku ketua jurulatih sehingga 2025.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, pihak persatuan sepakat untuk memilih Pau Marti sebagai pengganti kepada Kim Pan-gon yang meletakkan jawatan serta-merta semalam.

Kata Mohd. Yusoff, hanya Pan-gon yang meletakkan jawatan, manakala semua barisan kejurulatihan sokongan sebelum ini masih kekal kerana memiliki kontrak sehingga Disember 2025.

“Kita tidak mahu ganggu persiapan skuad kebangsaan dan memandangkan tempoh kejohanan bakal diharungi tidak lama lagi, persatuan membuat keputusan untuk menaikkan pangkat Pau Marti selaku pemangku.

“Dia akan dibantu oleh E. Elavarasan dan barisan kejurulatihan yang sebelum ini bersama Pan-gon kerana mereka semua masih terikat dengan kontrak.

“Namun, Jawatankuasa Kebangsaan akan terus memantau dari masa ke semasa sehingga kejohanan Piala AFF 2024 yang akan diharungi pada Disember,” katanya pada sidang media khas semalam.

Sementara itu, Mohd. Yusoff mengakui pihak persatuan sudah berusaha untuk memujuk Pan-gon kekal, tetapi pengendali kelahiran Korea Selatan itu bertegas dengan keputusannya.

“Untuk pengetahuan semua, Pan Gon telah berjumpa dengan pihak pengurusan FAM bagi menyatakan hasrat beliau memendekkan tempoh kontraknya.

“Kita cuba untuk memujuk beliau supaya mempertimbangkan semula hasratnya itu, tetapi pada akhirnya, pihak pengurusan menghormati keputusan beliau dan bersetuju untuk melepaskan Pan-gon dengan persetujuan bersama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI