fbpx

MR D.I.Y. lancar inisiatif Jiran Sejati, Sentiasa Di Sisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemudahan tempat duduk berkonsepkan panda yang disediakan MR D.I.Y. di Stesen LRT Ampang Park, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Peruncit perkakas rumah, MR D.I.Y. baru-baru ini melancarkan ini­siatif terbaharunya iaitu ‘Jiran Sejati, Sentiasa Di Sisi’ dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan rakyat Malaysia di seluruh negara.

Ketua Pemasaran Kumpulan, Alex Goh berkata, MR D.I.Y telah menjadi ‘jiran’ yang dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak dilancarkan pada 2005.

Menurutnya, sebagai peruncit terkemuka, pihaknya menjadikan usaha menjadi jiran yang baik satu keutamaan, selain menyepadukan komuniti dan menyediakan pelbagai jenis keperluan harian pada harga mampu milik dan mudah diakses.

“Rangkaian kami yang lebih daripada 1,300 cawangan bermakna kami mudah didekati oleh para pelanggan, di mana sahaja mereka berada.

“Inisiatif Jiran Sejati, Sentiasa Di Sisi ini adalah salah satu cara untuk kami menunjukkan bahawa kami akan sentiasa menjadi jiran mereka dan memberi impak positif dalam kehidupan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, MR D.I.Y. menyediakan beberapa ruang tempat duduk baharu di Stesen LRT Ampang Park bagi memberi keselesaan untuk penumpang dengan reka bentuk bertemakan panda yang comel untuk menambah kecerian.

Jenama itu turut menampilkan selebriti terkenal tempatan, Alif Satar sebagai  Jiran MR D.I.Y. menerusi siri filem web Jiran Sejati Sentiasa Di Sisi di laman media sosialnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI