fbpx

Menteri arah HRD Corp tarik balik saman terhadap media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) telah menarik balik surat tuntutan kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan berhubung mengenai laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara PAC dan Ketua Audit Negara semalam.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, beliau mengarahkan HRD Corp menarik balik surat tuntutan tersebut kerana beliau amat tidak bersetuju dengan tindakan demikian.

“Saya tidak setuju sama sekali dengan tindakan menyaman media. Saya percaya dengan tegas kebebasan media di negara ini. Ini prinsip saya sebelum jadi kerajaan. Apabila saya terima maklumat itu saya arah HRD Corp tarik balik saman itu. Saman itu telah ditarik balik semalam,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Terdahulu, Steven Sim menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan supaya menghalang mana-mana pihak yang mahu bertemu dengannya di pejabatnya termasuk bekas Ketua Pegawai Operasi HRD Corp.

Justeru, katanya, dakwaan bekas Ketua Pegawai Operasi HRD Corp dihalang berjumpa dengannya adalah tidak benar kerana beliau terbuka untuk bertemu dengan sesiapa sahaja.

“Pintu saya sentiasa terbuka. Mungkin kalau belum dapat temujanji, saya harapkan kesabaran kerana dalam enam bulan ini terlalu banyak kerja,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, mesyuarat kedua pasukan petugas khas Kesuma dalam isu HRD Corp akan diadakan selepas sidang Dewan Rakyat minggu ini selesai.

Kata beliau, mesyuarat itu untuk melihat kepada tindakan susulan dan isu-isu berbangkit termasuk mengenai syor yang akan dikemukakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI