fbpx

Mbappe disambut puluhan ribu peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE

MADRID – Puluhan ribu peminat memenuhi segenap ruang Stadium Santiago Bernabeu ketika menyambut kehadiran bintang baharu, Kylian Mbappe yang melengkapkan perpindahannya daripada Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain berusia 25 tahun itu sah menyertai skuad Los Blancos secara percuma dengan kontrak selama lima tahun selepas dia selesai menjalani ujian perubatan bersama pasukan tersebut.

Mbappe nyata kagum dengan kesabaran peminat-peminat Real yang sanggup menunggu kehadirannya sejak tengah hari selain gembira dapat merealisasikan impian menyertai pasukan idamannya.

“Satu perasaan yang sangat hebat dan cukup mengujakan saya untuk berdiri di sini. Saya memang sudah lama memasang impian untuk menyarung jersi Real Madrid dan hari ini ia menjadi kenyataan.

“Saya mahu berterima kasih kepada presiden Florentino Perez kerana beliau individu yang memberi kepercayaan kepada saya sejak hari pertama. Banyak perkara yang sudah berlaku, namun paling penting sekarang adalah saya pemain Real Madrid,” katanya.

Difahamkan, kesemua tiket habis terjual bagi menyambut kedatangan bintang baharu mereka dengan stadium yang memiliki kapasiti 85,000 tempat duduk itu hampir tidak memiliki ruang kosong.

“Kehadiran saya di sini adalah untuk mencapai sesuatu bersama pasukan. Apa yang saya boleh janjikan kepada semua peminat adalah saya akan cuba berikan segala-galanya untuk kelab dan lencana ini,” ujar Mbappe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI