fbpx

Mayat Nur Farah Kartini reput di muka, dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein (gambar kecil) berkata, pihak Pakar Patalogi memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

PETALING JAYA – Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah, 25, masih belum dapat disahkan rentetan keadaan mayat yang telah reput pada bahagian dada dan muka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak Pakar Patalogi memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

“Buat masa ini, pakar tidak dapat sahkan sebab kematian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.

“Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan pihaknya bertindak merampas sebuah kereta jenis Toyota milik suspek yang juga kenalan mangsa untuk siasatan lanjut.

Terdahulu Kosmo! melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, Isnin lalu.

Suspek lelaki berusia 26 tahun yang merupakan anggota polis direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI