fbpx

Malaysia – AS komited perkukuh hubungan ketenteraan, keselamatan maritim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah Sani (dua kiri) menyambut Fred Kacher (kanan) disaksikan Nicholas (dua kanan) pada sesi lawatan kapal LCC 19 bersama pengamal media di Terminal Pelayaran Pelabuhan Klang (PKCT) hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KLANG – Tentera Laut Amerika Syarikat komited terus mengukuhkan hubungan ketenteraan dan keselamatan maritim dengan Malaysia yang terjalin lebih 65 tahun lalu.

Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. Deleo berkata, kerjasama erat menerusi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara kekal ukuh sejak 1957.

Jelas beliau, Malaysia merupakan rakan strategik utama di rantau ini dan peluang akan digunakan pihaknya bagi perkongsian maklumat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Menerusi lawatan selama beberapa hari ini, perbincangan antaranya melibatkan soal ketenteraan, membanteras aktiviti keganasan dan keselamatan maritim.

“Kerjasama berterusan ini amat penting dan signifikan bagi kedua-dua negara dalam memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik sedia ada,” katanya pada sesi lawatan kapal Armada Ketujuh USS Blue Ridge (LCC 19) bersama pengamal media di Terminal Pelayaran Pelabuhan Klang (PKCT) di sini, hari ini.

Terdahulu, kapal induk yang dikemudi Komandernya, Timbalan Admiral Fred Kacher itu berlabuh di dermaga berkenaan, kira-kira pukul 9.30 pagi.

Kehadiran mereka disambut Inspektor Jeneral TLDM, Laksamana Muda Abdullah Sani Ismail bersama sepasukan pegawai dan anggota.

Sebagai peneraju armada ketujuh, USS Blue Ridge merupakan kapal operasi kedua tertua dalam Tentera Laut AS dan beroperasi rutin dengan sekutu dan rakan kongsi dalam memelihara wilayah Indo Pasifik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI