fbpx

Liverpool tekad buru Inacio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INACIO (kanan) menjadi buruan Liverpool sebagai persediaan sekiranya Van Dijk membuat keputusan meninggalkan pasukan itu. - AFP

LIVERPOOL – Liverpool dilaporkan sedang menunjukkan kemajuan dalam rundingan bagi mendapatkan pemain pertahanan Sporting Lisbon, Goncalo Inacio sebagai pengganti Virgil Van Dijk yang masa depannya di kelab kini tidak menentu.

Meskipun Inacio mempunyai klausa pelepasan bernilai €60 juta (RM306 juta) di Sporting, terdapat laporan bahawa kelab gergasi Portugal itu mungkin bersedia untuk berkompromi dengan jumlah tersebut.

Pemain antarabangsa Portugal ini merupakan bakat yang hebat dan telah lama berada dalam radar kelab-kelab besar seperti Manchester United dan Arsenal, namun Liverpool kini menjadi pilihan utama untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu.

Dalam pada itu, Inacio bukan satu-satunya nama dalam senarai Liverpool selepas kelab itu juga sedang mempertimbangkan beberapa nama alternatif sekiranya perjanjian tersebut tidak berhasil termasuklah Jean-Clair Todibo dari Nice dan Marc Guehi dari Crystal Palace.

Pengurus baru Liverpool, Arne Slot juga sedang meminati pemain tengah Feyenoord, Quinten Timber sementara Teun Koopmeiners dari Atalanta juga masih dalam pemerhatian kelab tersebut, walaupun Juventus turut memimati pemain antarabangsa Belanda itu.

Liverpool kini menjadikan pemain pertahanan tengah sebagai keutamaan dalam jendela perpindahan musim panas ini dalam usaha memperkuat barisan pertahanan mereka menjelang musim baru. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI