fbpx

Lelaki parah ditikam 11 kali rakan serumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang lelaki parah ditikam 11 kali rakan serumah dalam kejadian di Desa Mentari, Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan parah akibat ditikam sebanyak 11 kali di badan oleh rakan serumahnya dalam kejadian di Desa Mentari, di sini, hari ini.

Kejadian disedari orang awam pada pukul 5.45 pagi tadi dipercayai bermula apabila kedua-dua mereka bergaduh dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, berdasarkan maklumat awal terdapat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah dalam rumah di tingkat lima bangunan itu.

“Bertindak atas maklumat, polis pergi ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbaring di ruang tamu rumah dengan berlumuran darah.

“Mangsa dipercayai ditikam, manakala suspek pula dijumpai dalam keadaan terbaring di tingkat bawah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulnizam, pasukan perubatan Hospital Sungai Buloh hadir ke lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati ada 11 tikaman pada badan mangsa.

“Suspek yang dipercayai cuba melarikan diri dengan melompat dari tingkat lima pula patah pinggang dan cedera pada rusuk kanan.

“Ketika kejadian mereka bergaduh dan dalam keadaan mabuk. Mangsa dan suspek dirujuk ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Polis turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian di lokasi sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI