fbpx

Lelaki kayuh ekasikal rentas Ireland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEAVENEY mencatatkan rekod dunia dengan mengayuh ekasikal sejauh 495.68 kilometer merentasi Ireland. - Guinness World Records

DUBLIN – Seorang lelaki me­nempa nama dalam Guinness World Records selepas menunggang basikal satu roda (ekasikal) pada jarak panjang negara Ireland, lapor agensi berita UPI kelmarin.

Eamonn Keaveney mencatatkan rekod dunia itu dengan me­lakukan kayuhan sejauh 495.68 kilometer dalam masa 5 hari, 5 jam dan 23 minit.

Dia memberitahu Guinness World Records bahawa gelaran kategori menunggang ekasikal paling pantas merentas Ireland itu telah menarik perhatiannya.

Ini kerana rekod tersebut dianggap gabungan sempurna antara ‘menakutkan dan tidak masuk akal’.

“Saya tidak pernah menunggang ekasikal sehinggalah saya memulakan latihan untuk mere­but gelaran ini,” kata Keaveney.

Sepanjang percubaannya, Keaveney melakukan kayuhan kira-kira 12 jam pada setiap hari.

Lelaki itu juga pernah mencatatkan rekod dunia untuk perjalanan berkaki ayam paling jauh di dunia pada 2016. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI