fbpx

Lelaki dipatuk ular sama 7 kali dalam 40 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail seekor ular di sebuah taman reptilia di Chennai. - Foto AFP

NEW DELHI – Seorang lelaki dari Fatehpur, negeri Uttar Pradesh dipatuk ular yang sama buat kali ketujuh dalam tempoh 40 hari, lapor laman berita Mint semalam. 

Vikas Dwivedi, 24, mendakwa dia dipatuk ular tersebut berkali-kali walaupun semasa tidur. 

Kejadian itu kini menjadi bualan ramai, malah doktor di hospital tempat dia dirawat turut berasa terkejut.

Menurut laporan, setiap kali ular itu mematuk Vikas, dia dikejarkan ke hospital swasta yang sama di Fatehpur dan dirawat oleh doktor yang sama. 

Anehnya, setiap patukan itu hanya berlaku pada hari Sabtu, manakala jenis ular yang mematuknya tidak dinyatakan.

Doktor yang merawat Vikas, Dr .Jawahar Lal mengesahkan bahawa patukan itu agak teruk, namun ia dapat dirawat menggunakan suntikan antiracun.

Sementara itu, Vikas meluahkan rasa bimbang kerana dia pernah bermimpi akan meninggal dunia selepas dipatuk ular buat kali kesembilan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI