fbpx

LBS lancar kediaman Imperial Garden @ Bandar Putera Indah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran artis bagi projek kediaman Imperial Garden @ Bandar Putera Indah.

PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS) hari ini mengumumkan pelancaran projek terbaharunya, Imperial Garden yang terletak di pusat Bandar Putera Indah, Batu Pahat.

Projek yang terdiri dari enam fasa rumah berkembar dua tingkat itu bakal dibina di atas tanah berstatus pegangan bebas seluas 37.11 ekar (15 hektar) dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM 237 juta.

Fasa 1 meliputi 30 unit kediaman telah pun dilancarkan, manakala Fasa 2 (33 unit) bakal dilancar pada Ogos ini.

Terletak di Batu Pahat, bandar yang sedang berkembang pesat dengan peningkatan pembangunan infrastruktur dan aktiviti ekonomi, pembinaan Imperial Garden mentakrifkan semula kehidupan di bandar.

Memfokuskan terhadap kesederhanaan, kekeluargaan dan akses mudah kepada kemudahan penting, seperti sekolah, klinik, balai polis dan pusat membeli-belah termasuk AEON Big Batu Pahat dan Batu Pahat Mall, ia dilihat bakal menetapkan piawaian baru dari sudut keselesaan kediaman.

Dengan keluasan 1,829 kaki persegi, setiap unit dilengkapi dengan empat bilik tidur, tiga bilik mandi, ruang tamu yang luas serta dikelilingi oleh ruang hijau, taman, serta kawasan komunal untuk keselesaan komuniti.

Ini menjadikan Imperial Garden sebuah rumah yang sesuai bagi keluarga kecil dan mereka yang baru membina keluarga, dengan harga bermula RM575,280.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, sebagai pemaju yang berpengalaman, pihaknya amat memahami cabaran proses pemilikan rumah, lebih-lebih bagi mereka yang bercita-cita untuk memiliki hartanah pegangan bebas dan bertanah.

Ujarnya, selain membantu merealisasikan impian memiliki kediaman, Imperial Garden juga sesuai sebagai portfolio pelaburan, dan membantu memberi kemudahan bagi mereka yang bekerja di Singapura.

“Serahan kunci rumah hanyalah sebahagian daripada perjalanan. Kerja-kerja pengubahsuaian juga bakal menelan kos kewangan yang besar.

“Projek Imperial Garden tersenarai sebagai salah sebuah projek di bawah kempen terbaru kami bersama Maybank yang dilancarkan baru-baru ini, iaitu ‘Maybank – My Deco Financing’ yang menawarkan pinjaman sehingga 120 peratus.

“Kempen ini membolehkan bakal pemilik rumah mempunyai fleksibiliti dalam menyediakan rumah mengikut keinginan, sekali gus meningkatkan nilai sewaan mereka,” katanya dalam kenyataan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI