fbpx

Kenyataan bertulis Ustaz Don diteliti sebelum dipanggil Jawatankuasa Tauliah MAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USTAZ DON DANIYAL

SHAH ALAM – Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) masih meneliti kenyataan bertulis yang diserahkan pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid berhubung fakta kes ceramah agama yang dilakukannya sebelum ini.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, penelitian tersebut harus dilakukan sebelum Ustaz Don dipanggil untuk pertemuan secara fizikal dalam masa terdekat.

“Status kronologi terkini kes Ustaz Don Daniyal adalah jawaban bertulis telah diterima oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah.

“Beliau akan hadir untuk sesi pendengaran secara fizikal selepas jawabannya diteliti oleh pihak jawatankuasa berkenaan. InsyaAllah, kita akan buat keputusan seadil-adilnya,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Kad Hibah sempena Seminar Hibah bertemakan Sayang Jangan Sampai Melayang di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Kosmo! pada 11 Julai lalu melaporkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad mengesahkan menerima kenyataan bertulis daripada pendakwah tersebut pada 9 Julai 2024.

Dalam perkembangan sama, Abdul Aziz memaklumkan pihaknya akan mengadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah bagi memutuskan beberapa isu aduan termasuk isu Ustaz Don dan beberapa pendakwah bertauliah negeri Selangor pada 24 Julai ini.

“Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya Jawatankuasa Tauliah ini membuat penilaian dengan amat teliti dan menyeluruh. Ini supaya apabila tauliah dikeluarkan, kita tidak mahu ustaz-ustaz berkenaan tidak mengajar perkara yang tidak betul sebagaimana semasa temuduga dan perbincangan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI