fbpx

Kemalangan tujuh kenderaan, akauntan RTM antara dua maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di Jalan Bukit Dugang - Desa Putra selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan kira-kira pukul 3 petang tadi. Foto MEDIA SOSIAL

SEPANG- Seorang akauntan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan antara dua mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan di Jalan Bukit Dugang, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Firdaus Yahaya, 31, manakala identiti seorang lagi mangsa tidak didedahkan di mana kedua-dua mereka adalah penunggang motosikal.

Dalam kejadian pukul 9.10 pagi tadi, sebuah lori dipandu seorang lelaki dari arah Putrajaya ke arah Jenderam tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh enam kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lori berkenaan merempuh empat kereta dan dua motosikal sebelum jatuh ke dalam longkang.

Katanya, siasatan awal mendapati, pemandu lori berusia 40 tahun itu dipercayai terkena serangan jantung menyebabkan kenderaan dipandu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, seorang penunggang motosikal maut serta merta di lokasi kejadian, manakala seorang lagi penunggang motosikal disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

“Pemandu lori itu pula mengalami cedera parah dan kini masih dirawat di zon merah Hospital Putrajaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke depan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI