fbpx

Kejayaan menang RM4.6 juta ubah nasib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain SRG menunjukkan pingat emas dimenangi sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini. - FAISOL MUSTAFA

TIADA perkara lain terlintas dalam fikiran jaguh e-Sukan negara, Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul selain mahu berbakti kepada ibu bapanya dengan membina sebuah kediaman baharu sejurus dinobatkan juara Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024.

Wakil Malaysia, Selangor Red Giants (SRG) muncul juara di Riyadh, Arab Saudi selepas mengatasi Falcons AP Bren Sport dari Filipina menerusi keputusan 4-3 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM4.6 juta).

Menurut Haqqullah, duit kemenangan tersebut bakal mengubah nasib keluarganya selepas mengakui dia bukan datang daripada golongan yang senang, jadi kejayaan yang tercipta di bumi Arab Saudi itu turut akan dikongsi bersama.

“Kemenangan ini sangat bermakna untuk keluarga saya kerana saya bukan lahir dalam keluarga yang senang, jadi kemenangan ini boleh mengubah nasib keluarga.

“Wang hadiah kemenangan saya terima nanti saya akan letakkan dalam Amanah Saham Nasional Berhad dan melabur dalam emas. Untuk keluarga pula, saya nak bina rumah untuk ibu ayah di Terengganu. Buat masa ini semua perlu perbincangan lebih teliti,” katanya.

Kemenangan bersejarah itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menyampaikan ucapan tahniah kepada SRG.

Dalam pada itu, Haqqullah yang mesra disapa dengan nama Sekyss enggan mendabik dada dengan kejayaan pasukannya kerana sedar mereka akan berdepan satu lagi misi yang sukar iaitu Kejohanan Dunia MLBB (M6) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada November nanti.

“Fokus kami semestinya adalah M6, jadi kami perlu melakukan persiapan dan mengharapkan barisan pemain yang sama akan bersama saya di Axiata Arena nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI