fbpx

Jijik, longgokan sampah penuhi bilik sewa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sampah sarap dan barang yang berselerak di atas lantai dan katil. - TikTok @siskavizar

JAKARTA – Seorang wanita di Bekasi, wilayah Jawa Timur terkejut apabila menemui timbunan sampah sarap selepas terhidu ‘bau busuk’ di salah satu bilik yang disewakan, lapor saluran berita Detik semalam. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @siskavizar, bilik itu dipenuhi dengan longgokan sampah sarap dan barangan peribadi yang berselerak di atas lantai dan katil. 

Lebih mengejutkan adalah apabila tandas kelihatan seolah-olah tidak pernah dicuci. 

Menurut wanita tersebut, lelaki yang menyewa bilik itu juga memiliki bau badan yang ‘menyengat’.

Video itu menjadi tular di media sosial dan meraih 7.9 juta tontonan serta lebih 214,700 tanda suka. 

Rata-rata netizen menganggap penghuni berkenaan memiliki masalah kesihatan mental. 

“Rasanya memang dia (penghuni) mempunyai penyakit mental,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Adakah ini hoarding disorder? Kalau betul, macam mana dia berfikir? Bagaimana dia boleh tinggal di tempat menjijikkan itu?” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI