fbpx

Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dikebumi di Pekan, Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Farah Kartini yang ditemukan maut dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu.

SUNGAI BULOH – Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah dijangka dikebumikan di Pekan, Pahang selepas dituntut ahli keluarga hari ini.

Perkara ini dimaklumkan abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, ketika dihubungi pemberita.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan butiran lokasi sebenar pengebumian akan dimaklumkan semula selepas ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati suasana sekitar pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini, masih lengang.

Pengamal media kelihatan berkumpul di sekitar lokasi seawal pukul 7.30 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini berkait kes Nur Farah Kartini.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, pada Isnin lalu.

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Kontinjen Perak telah ditahan dan direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI