fbpx

Ingat hilang, rupanya Adi Putra menginap di rumah rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adi Putra

KUALA PILAH – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di daerah ini sejak tujuh hari lalu rupa-rupanya menginap di rumah rakannya yang terletak kira-kira 13 kilometer dari kediamannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, remaja berkenaan, Muhammad Adi Putra Yusri, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya kelmarin berada di Kampung Merual di Sri Menanti.

Menurutnya, remaja berkenaan telah keluar dari rumah di Ampang Tinggi, di sini, kira-kira pukul 10.30 malam pada 11 Julai lalu dan ahli keluarganya telah membuat laporan polis kelmarin di Balai Polis Melang.

“Sekitar pukul 12.30 tengah malam, remaja lelaki tersebut telah balik ke rumah dalam keadaan selamat dan sihat. Dalam tempoh kehilangan didapati remaja berkenaan telah tinggal di rumah rakan di Kampung Merual Seri Menanti.

“Sepanjang tempoh kehilangan, remaja ini tinggal di rumah rakan dan berada dalam keadaan selamat, sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI