fbpx

Hubungan Harith, Dr. Jezamine masih baik, netizen minta jangan cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harith dan isteri dinasihatkan netizen agar jangan bercerai.

PETALING JAYA – Pelawak Harith Iskander dan isteri, Dr. Jezamine Lim tetap menjalin hubungan baik demi anak-anak walaupun kini dalam proses proses perceraian.

Perkara itu dikongsikan Dr. Jezamin, 41, menerusi foto ketika perlawanan sukan pickleball yang disertai mereka seisi keluarga.

“Perlawanan kedua saya dan kami menyertai kejohanan. Si kecil, Zydane sangat teruja.

“Dia adalah peserta paling kecil yang bertarung dengan peserta dewasa dan kami menang satu perlawanan,” tulisnya dalam Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, jelas terserlah kegembiraan mereka, sekali gus tidak menampakkan rumah sedang bergolak.

Susulan itu, ramai mendoakan dan berharap agar Harith 58, dan isterinya mempertimbangkan semula keputusan mahu bercerai.

Namun terdapat juga peminat yang meninggalkan komen meminta netizen jangan campur tangan hal peribadi mereka.

“Tolong jangan bercerai. Anda semua nampak gembira,” komen seorang netizen.

“Ya, mereka kelihatan gembira, tetapi hanya Allah sahaja yang tahu. Mari kita doakan yang terbaik untuk mereka,” tulis peminat lain.

Pada 9 Julai lalu, bekas model itu dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.

Khabar tersebut mengundang kejutan ramai kerana pasangan terbabit dilihat bahagia terutama dalam laman sosial.

Harith menikahi wanita pertama peroleh doktor falsafah (PhD) dalam kejuruteraan tisu dan sel stem di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu pada 12 Jun 2010.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI