fbpx

Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HABIN NOOR dijatuhi hukuman penjara selama 38 tahun selepas didapati bersalah membunuh gadis berusia 17 tahun, 14 tahun lalu. Foto BAAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan yang bersidang di sini hari ini mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh gadis berusia 17 tahun, pada 2010.

Mahkamah bagaimanapun menggantikan pemberat hukuman kepada penjara selama 38 tahun terhadap tertuduh, Habin Noor Sulaiman, 56.

Keputusan itu dilaksanakan panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.

Tun Tengku Maimun memerintahkan Habin Noor menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan pada 16 Disember 2010.

Berdasarkan fakta kes, pemohon didakwa telah menikam Nur Ain Ashikin sebanyak 19 kali selain turut menyimbah cuka getah ke atas kepala mangsa.

Mangsa kemudian meninggal dunia 21 hari kemudian semasa mendapatkan rawatan di hospital. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI