fbpx

EPL: Corak baharu jersi Chelsea cetus perdebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA melancarkan rekaan baharu jersi pasukan itu yang akan dipakai untuk musim depan, namun menerima respons pelbagai daripada peminat. - AGENSI

LONDON – Pelancaran jersi utama baharu Chelsea untuk saingan musim depan mencetuskan reaksi pelbagai daripada para peminat pasukan itu.

Musim depan menyaksikan Chelsea menggunakan khidmat pengendali baharu untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita mereka dengan Enzo Maresca menguruskan skuad lelaki, manakala Sonia Bompastor mengemudi pasukan wanita.

Bagi persiapan musim baharu, Chelsea telah meluncurkan jersi baharu tajaan Nike dengan corak yang dianggap lain daripada kebiasaan sehingga menjadi tumpuan para peminat.

Mengekalkan penggunaan warna biru yang menjadi tema kelab tersebut, ia turut mengenakan corak ‘api’ sebagai simbol keinginan menyatukan seluruh kelab dalam mengejar kejayaan di dalam dan luar padang.

Bagaimanapun, tidak semua peminat yang memahami perubahan yang cuba dilakukan oleh pihak pengurusan kelab itu apabila sebahagiannya seakan tidak bersetuju dan mengecam pemilihan corak tersebut sebagai jersi utama mereka musim depan.

“Ini adalah jersi paling buruk yang pernah kami ada. Saya tak mampu mengatakan apa-apa, sangat buruk dan saya tak mampu untuk melihatnya,” kata seorang peminat Chelsea.

Namun, jersi terbaharu itu turut menerima pujian daripada peminat yang lebih terbuka dan positif serta menganggap ia lebih sesuai apabila dikenakan oleh pemain.

“Ia lebih baik apabila disarung oleh pemain. Saya tidak menghiraukan pendapat orang, bagi saya ia cantik. Saya pasti akan membelinya,” jelas seorang peminat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI