fbpx

Dewan Rakyat: Tanda nama Ahli Parlimen Bukit Gantang masih PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tanda nama Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dalam Dewan Rakyat masih Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) ketika membangkitkan persoalan itu berkata, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi wakil rakyat daripada PN.

“Bukit Gantang (tanda nama) masih tulis PN. Dia bukan PN dah. Macam mana dia boleh duduk situ lagi,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bagaimanapun berkata, Ahmad Fadhli perlu membuktikan kepada beliau Ahli Parlimen Bukit Gantang bukan lagi wakil rakyat PN.

“Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya tarik dia keluar. Kena tulis, kalau tak saya tidak tahu. Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) ada (tulis), tetapi PN belum. Rekod kita ikut PN, bukan Bersatu atau PAS,” katanya.

Enam bekas Ahli Parlimen Bersatu termasuk Syed Abu Hussin Hafiz yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri dihentikan keahlian oleh Bersatu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI