fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan pertimbang penubuhan Dana Kesihatan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan penubuhan Dana Kesihatan Negara bagi memastikan pengagihan dana kesihatan yang telus di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, dana itu akan diuruskan secara efisien dan berintegriti.

“KKM percaya dengan pengagihan dana kesihatan yang telus dapat meningkatkan keyakinan dan sokongan untuk menambah pembiayaan kesihatan.

“Sebagai langkah ke arah itu, penubuhan satu Dana Kesihatan Negara sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang,

“Ini termasuk daripada hasil cukai, bukan cukai dan juga dana yang dikhaskan daripada kegiatan-kegiatan penguatkuasaan KKM seperti cukai dan lain lain,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berhubung rancangan KKM untuk mewujudkan Dana Kesihatan Negara bagi memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, KKM juga sedar tentang kekangan makroekonomi semasa, pentadbiran dan politik negara akan mempengaruhi transformasi kesihatan.

Justeru, katanya, KKM sedang meneliti dan memperincikan hala tuju reformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Hala tuju ini akan mengambil kira cabaran dan realiti yang dihadapi, serta memanfaatkan amalan dan pengalaman terbaik kesihatan global,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Suhaizan mengenai ancaman Antimicrobial Resistance (AMR), beliau berkata, Dana Kesihatan Negara akan membantu Malaysia sekiranya berhadapan dengan malapetaka tersebut.

Kata beliau, ancaman AMR telah pun berlaku dan menimbulkan kesan pada hari ini apabila terdapat antibiotik yang dulunya berkesan tidak lagi boleh menangani infeksi.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Alias Razak mengenai inflasi kos perubatan negara mencatatkan peningkatan ketara, beliau mengakui perkara itu adalah benar.

Sehubungan itu, beliau memohon pemilik dan pemain fasiliti kesihatan awam khususnya Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) supaya mengambil perhitungan sewajarnya.

“Saya sebagai menteri mahukan “value based health care”, bukan “pay for service” tetapi “pay for outcome” supaya benar-benar keberkesanan pembayaran.

“Supaya tidak menjadi pencetus kepada inflasi kerana pembayaran kos, prosedur dan sebagainya tidak terkawal,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, adalah mustahak untuk Bank Negara Malaysia (BNM) melakukan komunikasi strategik berhubung pelaksanaan perkongsian kos atau pembayaran bersama untuk produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan (MHIT) mulai 1 September.

Kata beliau, langkah itu perlu untuk mengelak berlaku kejutan besar supaya orang ramai tidak meninggalkan polisi insurans dan mula beratur panjang di fasiliti kesihatan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI