fbpx

‘Calon Asia, Amerika Latin ganti Pan-gon’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPUTUSAN Pan-gon mengundurkan diri secara mengejut menambahkan lagi permasalahan sedang dialami arena bola sepak negara.

JURULATIH berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim berkata, hakikatnya agak sukar untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencari pengganti lebih baik atau pun menyamai apa yang dilakukan oleh bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

“Nak cari sama dengan Pan-gon mungkin ambil masa. Walaupun dia kata alasan peribadi, dia juga fikir tentang masalah pemain tidak terima gaji mungkin beri kesan kepada prestasi.

“Soal kriteria jurulatih selepas ini adalah lebih baik dari Asia atau (Amerika) Latin. Saya kurang bersetuju dengan jurulatih dari Eropah dan kita juga kena kurangkan pemain naturalisasi,” katanya.

Kenyataan Irfan berasas memandangkan dua jaguh utama Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam turut menggunakan kepakaran jurulatih Asia iaitu Masatada Ishii (Jepun) serta Kim Sang-sik (Korea Selatan).

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, Malaysia perlu keluar daripada mimpi indah bersama Pan-gon dan memberikan masa kepada pengendali sementara, Pau (Marti Vicente) menerajui Harimau Malaya.

“Orang yang akan ganti (Pan-gon) pun sudah tahu caranya dan bagi saya untuk sementara ini tidak ada masalah kecuali jika ada jurulatih baharu. Kita tidak begitu terdesak untuk dapatkan jurulatih baharu dan kita tidak perlu terlalu memikirkan untuk dapatkan pengganti secepat mungkin.

“Adakah kita ada ramai pemain berkualiti? Kita juga tahu liga kita tidak kompetitif, tidak ada pemain bagus dan saya rasa itulah sebab kenapa Pan-gon lari. Bawalah jurulatih hebat pun, kalau jumlah pemain berkualiti tidak cukup pun akan jadi susah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI