fbpx

Bebas kanser, Elyana bengang jadi kaunter pertanyaan penyakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELYANA bengang apabila terpaksa menjadi 'kaunter pertanyaan' ramai orang berhubung penyakit kanser.

PETALING JAYA – Umpama menjadi kaunter pertanyaan, penyanyi Elyana berasa geram apabila dihujani pelbagai soalan malah menjadi tempat rujukan orang ramai yang menghidapi penyakit serupa dengannya.

Pernah dimaki hamun apabila tidak dapat memberikan jawapan memuaskan hati, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 37, berkata, dia juga seorang pesakit dan bukan pakar dalam bidang perubatan.

“Minta maaf. Saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapatkan jawapan tentang penyakit ya. Saya pun pesakit macam anda.

“Berat jadi saya ni. Nak kena layan semua orang apabila orang perlukan.

“Bila ada yang tak kena di mata, orang maki hamun saya macam saya tak ada perasaan. Saya bukan malaikat,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram Story.

Enggan masuk campur perkara yang bukan bidangnya, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu meminta orang ramai untuk merujuk penyakit mereka kepada pakar perubatan.

“Kalian kata saya ahli neraka, takkan masih nak minta tolong saya?

“Ramai lagi orang yang bijak pandai dekat luar sana,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi ruangan komen, terdapat seorang pengikut penyanyi itu dipercayai menghidap kanser bertanyakan kepadanya tentang amalan dilakukan untuk sembuh.

Tiada rutin istimewa, Elyana memberitahu kesembuhannya adalah dengan kuasa Allah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI