fbpx

Awasi penggunaan racun, jangan sampai gugat keselamatan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arthur

YAN – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengarahkan Jabatan Pertanian memantau dan menguatkuasakan peraturan berkaitan penggunaan racun bagi memastikan ia tidak menggugat keselamatan manusia.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, semua aspek termasuk jenis racun dan kaedah pengendalian bahan itu perlu diberi perhatian sepenuhnya.

“Proses pemantauan atau penguatkuasaan khususnya dari Jabatan Pertanian akan dilakukan berkaitan isu racun ini. Ia untuk memastikan keselamatan pengguna dan sekiranya ada yang melanggar peraturan tindakan akan diambil.

“Itu termasuk berkaitan racun yang tidak mempunyai lesen yang mana ia akan melibatkan jawatan kuasa khusus di bawahnya untuk memantau perkara ini kerana hanya racun yang selamat akan diberikan lesen,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penggunaan racun tidak berdaftar oleh pekebun selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Geran Usahawan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di pekarangan PPK Mada F-IV Sungai Limau, dekat sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI