fbpx

Arsenal berunding dapatkan Merino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERINO dianggap sebagai pembelian lebih murah buat Arsenal berbanding pilihan mereka mendapatkan Zubimendi. - AFP

LONDON – Arsenal dilaporkan telah mengadakan rundingan untuk menandatangani bintang Real Sociedad, Mikel Merino selepas pemain Sepanyol itu berada pada tahun terakhir di San Sebastian dan belum berunding untuk lanjutan kontrak.

The Gunners kini sedang mencari pemain tengah baharu dan telah dikaitkan dengan beberapa nama seperti Martin Zubimendi, Joao Neves dan Bruno Guimaraes, namun Merino kini muncul sebagai pilihan utama.

Menurut laporan, pemain tengah itu telah memutuskan untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini dan telah menyampaikan hasratnya kepada pihak pengurusan Sociedad yang kini bersedia untuk menjualnya.

Laporan turut menyatakan bahawa Arsenal telah menunjukkan minat serius untuk menandatangani Merino dan telah mengadakan rundingan dengan wakil pemain tersebut.

Pada mulanya, The Gunners ingin menandatangani rakan sepasukannya, Zubimendi untuk memperkuat bahagian tengah mereka, tetapi semasa rundingan berlangsung, nama Merino turut dibincangkan.

Arsenal bersedia membelanjakan sekitar £21 juta (RM121 juta) untuk mendapatkan pemain antarabangsa Sepanyol itu, sekali gus menjadikannya pembelian yang berpatutan jika mereka berjaya mendapatkannya.

Merino adalah pemain berbakat dan berpengalaman yang boleh memberikan impak segera jika Arsenal berjaya menandatanganinya pada musim panas ini selepas dia telah mencetak 27 gol dalam 242 penampilan sejak menyertai Real Sociedad pada 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI