fbpx

Apa jua cara perlu dapat emas Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI kekal menjadi sandaran utama negara untuk membutirkan pingat emas pertama pada temasya Olimpik di Paris kali ini.

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menyerahkan kepada atlet yang berada dalam Program Road to Gold (RTG) agar berjuang habis-habisan untuk menjelmakan emas pertama negara pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang membuka tirai secara rasmi pada 26 Julai ini.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd. Nazifuddin Najib berkata, pihaknya sentiasa positif terutama hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk meraih emas pertama mampu dituai kontinjen negara di temasya sukan terbesar dunia itu.

“Kita mempunyai Program RTG dan kita hanya perlu buktikan. Pihak kerajaan telah melakukan pelaburan untuk menjelmakan pingat emas (Olimpik). Kita perlu capai (emas) dengan apa jua sekalipun.

“Program ini bukan (semata-mata) untuk Olimpik Paris tetapi persiapan juga dilakukan sehingga Olimpik Los Angeles 2028 (LA28). Oleh itu, sasaran satu emas sama ada kita boleh capai atau tidak, ia bergantung kepada prestasi sebenar atlet pada hari pertandingan nanti,” katanya.

Berbaki 10 hari menjelang Olimpik Paris, 26 atlet sedang melakukan persiapan terbaik dengan menjalani latihan terakhir di dalam dan luar negara untuk memastikan mereka dalam prestasi cukup sempurna sebelum memulakan aksi sebenar di kota Paris.

Sebelum ini, beberapa atlet negara melauangkan amaran untuk memburu emas antaranya jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk menghadiahkan kilauan berkenaan buat Malaysia.

Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia dan beregu badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut diletakkan sandaran untuk menyumbang emas di temasya berkenaan.

Bukan mereka sahaja, malah penembak kebangsaan, Johnathan Wong Guanjie yang membuat penampilan kedua di Sukan Olimpik kali ini turut menyasarkan sasaran tinggi dengan meraih pingat emas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI