fbpx

Amalan salah pinjaman kereta 100% dijangka tamat Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bank dipercayai sedang mengetatkan buku pembiayaan kenderaan yang bakal menyukarkan pembelian kenderaan baharu. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelaksanaan fasa pertama e-Invois pada Ogos ini mampu menamatkan ‘amalan salah’ yang menyediakan pinjaman 100 peratus untuk pembe­lian kereta, menurut AmInvestment Bank Research.

Firma penyelidikan pasaran itu berkata, peraturan menetapkan kadar pinjaman 90 peratus berserta deposit 10 peratus, namun terdapat ejen jualan tidak jujur yang menaikkan harga kereta supaya ia berpadanan dengan permohonan pinjaman.

“Amalan ini adalah rahsia terbuka. Ia popular kerana ramai tidak mempunyai deposit 10 pe­ratus dalam tangan.

“Kami tidak mengetahui berapa banyak pinjaman yang termasuk dalam kategori ini, namun segmen kenderaan bajet berkemungkinan besar lebih terdedah kepada amalan ini, melibatkan jenama Perodua dan Proton.

“Pada masa sama, kami berpandangan pasaran semasa sedikit memandang rendah cabaran akan datang untuk mendapatkan pembiayaan kende­raan,” katanya dalam satu nota penyelidikan baru-baru ini.

AmInvestment berkata, bank-bank juga dilihat sedang mengetatkan buku pembiayaan kenderaan kerana komposisi jumlah pinjaman telah melebihi kadar sebelum ini, yang mana pemohon pinjaman yang berkualiti kecil mungkin paling terjejas.

“Selain itu, kami mendapat tahu daripada pembekal cat kereta domestik bahawa permintaan telah merosot dengan ketara pada bulan Jun lalu (melebihi 25 peratus).

“Ini merupakan kayu pengukur yang boleh dipercayai tentang kadar pengeluaran (kenderaan) untuk satu hingga dua bulan ke hadapan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI