fbpx

6 maut di hotel Bangkok: Sianida ditemui dalam badan mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis berkumpul di lobi hotel Grand Hyatt Erawan, Bangkok semalam. - AFP

BANGKOK – Seorang daripada enam warga asing yang ditemui mati di bilik sebuah hotel di Bangkok adalah dalang insiden itu, kata polis Thailand hari ini, ketika ujian darah menemui bukti kehadiran sianida dalam badan kesemua mangsa.

Polis dalam sidang akhbar hari ini berkata, sianida ditemui pada gelas minuman dan bekas air, di dalam bilik hotel Grand Hyatt Erawan, lapor agensi berita Reuters.

“Kami ingin mengesahkan bahawa salah seorang daripada mangsa yang maut mencetuskan insiden ini menggunakan sianida.

“Kami yakin salah seorang daripada mereka melakukan jenayah itu,” kata Timbalan Komander Penyiasatan di Biro Polis Metropolitan Bangkok, Noppasil Poonsawas.

Temu bual dengan waris mangsa-mangsa mendedahkan terdapat pertikaian mengenai hutang, lapor laman berita VN Express.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Chong Sherine, 56 dan Dang Hung Van, 55, yang mana kedua-duanya pemegang pasport Amerika Syarikat.

Empat lagi warga Vietnam ialah Nguyen Thi Phuong Lan, 47; Pham Hong Thanh, 49; Tran Dinh Phu, 37 dan Nguyen Thi Phuong, 46.

Sherine dianggap pembunuh yang disyaki, lapor media Thailand.

Mayat mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita, ditemui di dalam bilik berkunci di tingkat lima hotel berkenaan.

Kematian mereka mungkin disebabkan oleh keracunan, kata polis dan pegawai sebelum ini.

“Kami masih menunggu bukti forensik, namun hipotesis awal mencadangkan ini adalah kes peribadi,” lapor agensi berita Bloomberg yang memetik Perdana Menteri Srettha Thavisin. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI