fbpx

12 senior ‘ragging’ junior digantung sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Jawahar Navodaya Vidyalaya (JNV) Theog di daerah Shimla, pada musim salji. - Facebook

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 12 pelajar sebuah sekolah di India digantung persekolahan selama 15 hari akibat membuli lima pelajar junior, lapor saluran berita NDTV semalam. 

Kelima-lima mangsa dibelasah oleh pelajar-pelajar terbabit di asrama sekolah Jawahar Navodaya Vidyalaya (JNV) di Theog, daerah Shimla pada 13 Julai lalu. 

“Mereka dibelasah selepas enggan membasuh pakaian senior,” kata pegawai pentadbiran sekolah. 

Salah seorang mangsa kemudian menghubungi ibu bapanya untuk menceritakan kejadian itu. 

“Mangsa juga mendakwa bahawa pelajar-pelajar senior tersebut pernah meminta wang daripada mereka,” kata tambahnya.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan dan mangsa hanya mengalami cedera ringan. 

Pengetua sekolah JNV, Sanjita Shaunik berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar-pelajar terlibat dan warden asrama. 

“Langkah-langkah tegas akan diambil bagi mengelak kejadian seperti itu berulang pada masa akan datang,” kata Sanjita. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI