PETALING JAYA – Selepas berjaya menangkap seekor ikan patin seberat 14 kilogram (kg), seorang pemancing bermurah hati untuk berkongsi hasil memancingnya bersama penduduk kurang berkemampuan di sekitar Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Pasir Gudang.
Menerusi video tular di laman TikTok @bromacho, spesies ikan air tawar itu berjaya ditangkap selepas 45 minit umpan ‘dibuang’ malah jika dijual, harganya boleh mencecah RM8 sekilogram.
“Patin 14kg disedekah potong-potong dekat Perumahan Penduduk Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Sayang. Semoga titik peluh saya diberkati dan dimurahkan rezeki.
“Tak mengharap apa-apa balasan pun, janji ikan lepas. Saya nak makan pun ngeri tengok besar-besar sangat, lemak kuning penuh dekat isi dia,” ujarnya.
Difahamkan, seekor ikan patin air tawar boleh membesar sehingga mencecah satu meter panjang dan beratnya boleh menjangkau lebih daripada 20kg.
Pengguna di ruang komen turut terinspirasi dengan tindakan pemancing terbabit dan memuji kemurahan hatinya berkongsi dengan mereka yang memerlukan.
“Sebab tu rezeki tak putus Allah bagi, kita main sungai jual ikan ke apa jangan ikutkan orang harga mahal. Jadi bila kita turun mesti ada saja hasilnya, bak kata ayah, bukan kita bagi makan ikan,” komen @muhdnizam1166.
“Terbaik bang, murah rezeki. Jika aku ada dekat situ, nak saja aku tolong masak, kita bagi yang dah siap jadi lauk. Makan terus saja,” ujar @badrulhishamosman.
“14kg macam itulah aku dukung anak aku yang setahun tu, abang ni pikul ikan macam pikul beg,” kata @shaayang. – KOSMO! ONLINE
@bromacho patin 14 kilo di sedekah potong2 kat perunahan penduduk rakyat termsikin PPRT kg sayang.. semoga titik peluh sy diberkati dan dimurahkan #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE #bdtiktokofficial #tranding #rawai #bubuudanggalah #patin #baung #ikanubi #baunglawi #pprt ♬ เสียงต้นฉบับ – DJ.Soda💃🎶🎧 – DaMai.Music_Dance