fbpx

[VIDEO] Kekasih Nur Farah Kartini tiba di mahkamah untuk proses reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berkait kes pembunuhan Nur Farah Kartini tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

HULU SELANGOR – Seorang penjawat awam yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini bagi permohonan reman.

Suspek lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai kekasih Nur Farah Kartini tersebut tiba kira-kira pukul 8.53 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Permohonan reman dijangka dibuat di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Kosmo! semalam melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang.

Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait report (OH) bersangkut Tanjung Malim pada 11 Julai lalu.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim Perak.

Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI